Xfce

Subdomains

 

Perihal

Xfce merupakan persekitaran desktop yang ringan dan pantas untuk sistem pengoperasian seakan-UNIX. Ia bertujuan menjadi sistem pengoperasian yang pantas dan kurang menggunakan sumber sistem, tetapi masih cantik dipandang dan mesra pengguna.

Xfce merangkumi falsafah Unix tradisional kemodularan dan kebolehgunaan-semula. Ia mengandungi sejumlah komponen yang menyediakan kefungsian penuh yang ada di dalam persekitaran desktop yang modern. Ia dipakej secara berasingan dan anda boleh memilih pakej-pakej yang tersedia untuk membentuk persekitaran kerja peribadi yang bersifat optimum.

Keutamaan lain Xfce adalah terikat pada piawaian, terutamanya yang telah ditakrif pada freedesktop.org.

Xfce boleh dipasang dalam beberapa platform UNIX. Ia dapat dikompil pada Linux, NetBSD, FreeBSD, OpenBSD, Solaris, Cygwin dan MacOS X, dan juga pada x86, PPC, Sparc, Alpha...

Fitur

Xfce mengandungi sebilangan komponen teras untuk tugas minimum yang anda jangkakan dari persekitaran desktop:

Pengurus Tetingkap
Mengurus kedudukan tetingkap pada skrin, menyediakan hiasan tetingkap dan mengurus ruang kerja atau dekstop maya.
Pengurus Desktop
Menetapkan imej latar belakang dan menyediakan menu tetingkap root, ikon desktop atau ikon diminimum dan senarai tetingkap.
Panel
Menukar diantara tetingkap dibuka, melancar aplikasi, menukar ruang kerja dan pemalam menu untuk melayari aplikasi atau direktori.
Pengurus Sesi
Mengawal daftar masuk dan pengurusan kuasa dekstop yang membolehkan anda menyimpan sesi daftar masuk berbilang.
Pencari Aplikasi
Menunjukkan aplikasi dipasang pada sistem anda dalam bentuk kategori, supaya anda dapat mencari dan melancar aplikasi tersebut dengan mudah.
Pengurus Fail
Provides the basic file-management features and unique utilities like the bulk renamer.
Pengurus Tetapan
Tools to control the various settings of the desktop; like keyboard shortcuts, appearance, display settings, etc.

Selain dari set asas modul, Xfce juga menyediakan banyak aplikasi dan pemalam tambahan supaya anda dapat menambahbaik desktop mengikut citarasa anda, contohnya emulator terminal, penyunting teks, pengadun bunyi, pencari aplikasi, pelihat imej, iCal berasaskan kalendar dan aplikasi perakam CD dan DVD. Maklumat lanjut mengenai modul Xfce boleh didapati di halaman projek.